Tinta Studio

AI hasilkan visual.Anda tentukan hasil akhirnya.

AI menghasilkan karya. Teks yang dilukis AI mungkin tersalah eja; tambah teks tepat sebagai lapisan boleh sunting dalam Reka.

Buka studio →

Log masuk dengan Google. Pengguna baru dapat 5 poster percuma. 1 titis = RM1, poster dari RM0.50.

Kutipan derma · Konsert · Bazar Ramadan · Pelancaran produk · Media sosial · Kuliah · Rumah terbuka

Dibuat dalam Tinta Studio

Lima brief. Lima poster.

Terus dari aplikasi, tanpa retouch. Setiap perkataan dimasukkan sebagai teks boleh sunting, dan setiap poster menggunakan arah reka bentuk yang berbeza.

Lihat 100 contoh →
  • Poster kopitiam: cawan enamel berisi kopi hitam dan roti kaya di atas meja marmar, dengan tajuk Kopi O Kaw

    KopitiamNatural

  • Poster gig punk: fotostat koyak pemain dram berlatar oren, dengan tajuk Bising, Live di Rumah Api

    Malam gigBrutalist

  • Poster penjagaan kulit: botol serum frosted di atas batu basah dalam kabus pagi, dengan tajuk Embun

    Pelancaran produkAtelier High

  • Poster Bazar Ramadan: tangan mengangkat bungkus sirap bandung ais ke langit senja, dengan anak bulan kelihatan melalui minuman merah jambu

    Bazar RamadanEthereal

  • Poster larian malam hitam putih: pelari di atas jalan basah di Dataran Merdeka, dengan tajuk Larian Malam KL 10 KM

    Acara sukanMonochrome

Cara poster dibina

Tiga lapisan. Dua milik anda.

AI menghasilkan karya di lapisan bawah. Tambah teks tepat sebagai lapisan boleh sunting dalam Reka, kemudian tambah logo dan kod QR sebenar. Ubah perkataan tanpa melukis semula gambar.

01

Tanya

Beberapa soalan ringkas dalam BM atau English. Pilih jawapan atau taip apa yang penting.

02

Teroka

Dapatkan tiga arah reka bentuk berdasarkan tujuan poster anda, bukan satu templat dengan tiga warna.

03

Siapkan

Selepas karya dijana, tambah teks, logo dan kod QR sebenar sebagai lapisan boleh sunting dalam Reka. Teks yang dilukis AI mungkin perlu disemak.

Kenapa bukan guna imej AI percuma?

Gambar belum tentu poster.

Imej AI percuma biasa
  • Teks BM mudah tersalah eja
  • Kod QR nampak betul tetapi tak boleh diimbas
  • Betulkan satu perkataan, seluruh reka bentuk perlu dijana semula
Tinta Studio
  • Tambah teks tepat sebagai lapisan boleh sunting
  • Kod QR sebenar anda (bayaran, WhatsApp, pautan) kekal tajam dan boleh diimbas
  • Ubah teks boleh sunting tanpa menjana semula karya

Ilustrasi masalah biasa, bukan tangkapan skrin sebenar.

Dari RM0.50 satu poster. Tiada langganan.

  • LakaranRM0.50
  • StudioRM1
  • CetakRM1.50

Bayar hanya untuk apa yang anda hasilkan dengan Titis. Rakan yang dijemput bermula dengan 3 Titis percuma.

Soalan lazim

Bukankah ini sama seperti ChatGPT?

Tinta juga menggunakan model imej AI, tetapi ia dibina khusus untuk poster. Tinta bertanya soalan yang sesuai dalam BM atau English, memberi tiga arah reka bentuk berbeza, mengekalkan teks anda supaya boleh disunting, meletakkan kod QR dan logo sebenar tanpa diubah, dan membolehkan anda membetulkan teks tanpa jana semula seluruh reka bentuk.

Berapa harganya?

RM0.50 hingga RM1.50 setiap poster ikut kualiti, dibayar menggunakan Titis (1 Titis = RM1; bayaran dalam talian akan dibuka tidak lama lagi). Teroka menghasilkan tiga arah dan menggunakan 3 Titis. Penjanaan yang gagal akan dipulangkan. Soalan Wizard percuma.

Adakah kod QR saya boleh diimbas?

Ya. Tinta meletakkan imej QR sebenar anda pada lapisan berasingan dan tidak meminta AI melukisnya semula. Uji dengan kamera telefon sebelum mencetak.

Boleh saya cetak?

Boleh. Eksport PDF A4 untuk kedai cetak, atau PNG dalam saiz sesuai untuk Instagram, Stories dan Status WhatsApp.

Siapa pemilik poster yang dihasilkan?

Anda, setakat yang dibenarkan undang-undang bagi karya yang dijana AI. Poster anda kekal peribadi dalam akaun anda.

Poster seterusnya bermula dengan satu soalan.

Buka studio →